Petronas pastikan keselamatan pekerja pelantar Yetagun terjaga

0
1044
Petronas

KUALA LUMPUR: Petronas akan memastikan keselamatan 155 kontraktornya yang berada di atas sebuah kapal yang berada di platform Yetagun, luas pesisir Myanmar terjaga.

Sebagai maklum balas terhadap dakwaan pekerja berkenaan terkandas di luas pesisir Myanmar berikutan rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar, Petronas memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat kontraktor terbabit bagi memenuhi tujuan tersebut terutama melibatkan keperluan makanan, minuman dan bahan bakar.

Seramai 36 pekerja di bawah syarikat kontraktor dan dua pekerja Petronas telah dibawa ke hotel berdekatan dengan selamat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Petronas bekerjasama rapat dengan kontraktor, Kedutaan Malaysia di Myanmar, Wisma Putra dan semua pihak berkuasa bagi menguruskan isu ini. Keselamatan dan kesejahteraan kontraktor kami serta keluarga mereka merupaka keutamaan pihak Petronas

Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bertugas di pelantar minyak Yetagun di Myanmar terkandas setelah terputus hubungan dengan daratan selain bekalan makanan serta bahan api semakin habis.

Sumber: Petronas