Assalamualaikum kepada sekalian pembaca,
Memandangkan penulis baru sahaja renew medical check up baru-baru, jadi mungkin bolehlah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menjalani medical check up offshore ni.
Sebelum itu, bagi pekerja offshore, ada 2 benda wajib yang kena ada bagi melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke helibase (atau supply base) sebelum mob ke offshore iaitu BOSIET dan Offshore Medical atau juga dikenali Fitness to Work (FTW). Dan sudah semestinya kedua-dua perkara ni mestilah masih valid.
- BOSIET – Expired setiap 4 tahun
- Medical Check up – Maximum dan kebiasaannya 2 tahun, boleh jadi kurang bergantung kepada tahap kesihatan pekerja.
Untuk renew medical kali ini, penulis memilih untuk hadir ke sebuah klinik di sebuah negeri Pantai Timur. Nama klinik check up ini dirahsiakan. Lupa nak bagitau, ini adalah offshore medical check up kali ke-4 untuk penulis. Kalau nak compare dengan otai-otai offshore, ini kira junior mentah lagi ni.
Artikel Berkaitan: Introduction to Oil & Gas: Type of Offshore Production Platform
Sebagai peringatan, pastikan klinik yang tuan-puan bercadang nak buat check up ini ada kelulusan dari Petronas and Malaysia Petroleum Management (MPM). Doktor-doktor ini boleh dikatakan sudah mendapat tauliah dari badan-badan diatas untuk menjalankan medical check up untuk pekerja-pekerja offshore. Dan doktor-doktor ini selalunya ada cop AME dengan nombor unik mereka sendiri.
Offshore medical check up pun ada beberapa kategori; kebanyakkanya mengikut standard Petronas, tetapi ada juga yang untuk Shell, ExxonMobil, OGUK. Setiap daripada ini mungkin ada sedikit perbezaan dari segi assessment yang dibuat. Kali ini, penulis ambil yang ikut standard Petronas.
Artikel Berkaitan: Offshore BOSIET Training di Malaysia. Perkara wajib untuk bekerja offshore.
Jadi, pada hari ditetapkan, maka penulis sampailah di pusat perubatan itu sekitar jam 10.30 pagi. Sebelum pergi tu kena ingat, ada sesetengah klinik yang boleh walk in saja, tetapi ada juga klinik atau hospital yang kena buat appointment dulu untuk buat check up ini. Jadi, kena check dulu dengan klinik sebelum terjah. Kang nanti dah sampai, sekali tak boleh buat hari yang sama, kena datang lain kali.
Kebetulan pada hari tu, hanya ada beberapa orang sahaja yang ada, so penulis expect boleh cepat habis la. Pengalaman sebelum-sebelum ini agak kurang enak sebab kena tunggu lama, setiap pemeriksaan (check point) kena beratur 2 3 orang. Sebelum datang klinik buat medical ini, pastikan anda puasa makan selama 8 jam. Jadi better puasa dari malam, dan datang ke klinik awal pagi, jadi taklah berlapar lama sangat.
Lepas dah daftar dan isi borang semua, maka bermulalah siri-siri pemeriksaan dan ujian yang dijalankan. Urutan ujian ini rasanya bukan tetap atau fix, kerana seingat penulis berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini, urutan-urutan (sequence) ujian tidak sama dan pelbagai.
1ECG (Electrocardiogram)
Ujian ECG ini bertujuan untuk diagnos tahap jantung kita. So, staff klinik akan panggil masuk ke bilik pemeriksaan untuk buat ECG. Kena buka baju, diorang letak gel kat dada, tangan dan kaki, sambung dengan mesin. Keluarlah kertas pink macam resit yang diprint dengan graf.
2Ambil darah (Blood test)
Untuk ujian darah ni, semua diwajibkan berpuasa kalau tak silap sekurang-kurangnya 8 jam sebelum buat ujian. Kalau tidak, ujian tu dikira valid sebab doktor akan tengok level fasting blood sugar.
3Chest X-ray
Buka baju, tangan letak belakang, mengadap dinding. Habis dia shoot, setel. Sekejap je X Ray ni.
4Urine Test (Urinalysis)
Ini bergantung kepada jenis medical yang korang sign up. Macam haritu, urine test ini diambil untuk test dekat 6 jenis dadah (drug). Dan, pastikan minum air mencukupi sebelum datang klinik. Kalau tak nanti, tak pasal-pasal time turn kena kencing, tak boleh nak kencing pulak sebab biasanya ada minimum kuantiti yang klinik perlukan untuk buat analisis. Satu lagi, tandas untuk urine biasanya tiada air atau dia akan tutup air untuk sementara waktu. Ada pengalaman penulis sebelum ini, ada yang tunggu dekat belakang time kita kencing untuk make sure yang sample air kencing betul yang kita punya, bukan bawa dari rumah ke apa.
5Eye Examination
Eye examination atau pemeriksaan mata dijalankan sudah tentu untuk memeriksa keadaan mata. Carta seperti gambar di atas akan diletakkan pada jarak lebih kurang 6 meter dan perlu membaca huruf yang ditunjuk oleh staff. Kalau boleh baca part yang atas tu, kira sudah lulus. Tulisan yang paling kecil dekat bawah tu rasanya tidak wajib nampak pun.
Selain itu, antara ujian lain adalah ujian rabun warna. Staff klinik akan memberikan satu buku dengan gambar seperti di atas dan anda perlu baca satu-satu nombor yang ada.
6Height & Weight
Seterusnya, kena ambil ketinggian dan berat badan. Dari sini dia akan buat calculation untuk BMI (Body Mass Index). Ini agak penting untuk memastikan berapa lama kita punya medical certificate valid. Ada sesetengah crew yang penulis jumpa dapat 6 bulan validity sahaja sebab BMI tinggi. Wallahua’lam.
So, sebelum pergi klinik, mana-mana yang merasakan dirinya overweight, boleh la start exercise beberapa bulan sebelum dan boleh dapatkan penimbang berat badan atau weight scale di sini.
7Audiometry
Sebenarnya, ini part yang penulis paling takut sekali dalam kesemua ujian medical assessment ini. Ujian ini dijalankan untuk memeriksa tahap pendengaran kita. Apa yang dilakukan semasa ujian ini adalah anda akan diletakkan di dalam satu cube atau kotak dan akan diberikan satu set headphone. Ujian akan dimulakan dengan satu bunyi nyaring dimainkan di sebelah telinga sahaj dan kemudian semakin perlahan dan perlahan dan perlahan. Setiap kali anda mendengar bunyi tersebut anda perlu menekan butang yang berada di tangan. Proses ini diulang untuk telinga yang satu lagi.
Pesanan penaja: Selalu gunakan earplug atau earmuff. Supaya fungsi telinga kita tidak terjejas dan boleh lepas buat medical tanpa ada masalah.
8Spirometry
Spirometry ini bertujuan untuk periksa tahap kesihatan paru-paru kita. Untuk ujian ini, kita akan diminta untuk menghembus dan menarik nafas ke dalam alat yang diberikan sehingga ke tahap yang memuaskan dan diterima. Kali ini, penulis terpaksa menghembus dan menarik nafas sebanyak 3 kali sebelum ujian itu diterima. Selalunya, penulis memang akan melakukannya lebih satu kali sebab ada teknik-teknik tertentu yang perlu dipraktikkan.
9Physical Examination
Physical examination basically adalah session berjumpa doktor di mana doktor akan memeriksa tahap kesihatan fizikal, sejarah pesakit, blood pressure dan banyak lagi. Selalunya doktor akan meniliti sebahagian dari keputusan ujian-ujian yang telah dijalankan.
Sekarang, selesai sudah siri pemeriksaan untuk medical offshore. Dah boleh balik. Keputusan medical assessment ini selalunya akan dapat lebih kurang dalam 2 hingga 3 hari bergantung kepada klinik.
Harga
Mengikut apa yang penulis survey untuk beberapa klinik sekitar pantai timur, range harga untuk satu sesi medical assessment ini adalah sekitar RM350-RM450.
Artikel Berkaitan: Offshore BOSIET Training di Malaysia. Satu training wajib untuk bekerja offshore.
Follow kami di Facebook and LinkedIn untuk info dan berita industri minyak dan gas tempatan