Siri #2: Bidang Kerjaya Offshore – Drilling Rig

0
9239

Dalam siri kedua bidang kerjaya offshore ni, penulis ingin menyenaraikan pula jawatan-jawatan yang ada di atas sebuah drilling rig.

Bagi yang belum baca siri pertama, Baca Sini

Jap. Sebelum itu, bagi yang belum mengenali dunia oil and gas ni, pasti ada yang tertanya apa itu drilling rig? Apa beza antara rig dengan platform?

Rig dalam bahasa mudahnya adalah kapal yang digunakan untuk menggerudi/drilling sesuatu well. Kapal ke? Sebab technically rig is a vessel. Rig pula ada banyak jenisnya seperti jackup, tender, semi-submersible, drillship dan sebagainya. Nanti kami keluarkan artikel berasingan pasal ini.

Okey. Berbalik kepada position yang wujud di atas rig, kali ini penulis akan fokus kepada krew jack up rig. Untuk rig jenis lain, mungkin penulis akan mengeluarkan artikel yang berasingan.

Krew jack up basically terdiri daripada beberapa department atau group. Antaranya

  1. Drilling
  2. Marine
  3. Maintenance
  4. Catering
  5. Lain-lain

Sekarang, kita akan melihat satu persatu jawatan atau position yang terdapat di atas sebuah jack up rig. Urutan jawatan disusun tidaklah menggambarkan hierachy jawatan tersebut, tetapi lebih kepada memudahkan pemahaman pembaca.

1. Offshore Installation Manager (OIM) 

OIM adalah jawatan paling tinggi atau orang no 1 drilling contractor dan mempunyai full responsibility ke atas sesebuah rig. Berpengetahuan tinggi dalam drilling operation, perlu mengetahui dan ambil tahu selok belok semua rig operation

DRILLING

2. Toolpusher

Toolpusher adalah ketua atau supervisor untuk krew drilling dan bertanggungjawab terhadap segala perkara berkaitan drilling operation.

3. Driller

Driller bertanggungjawab penuh terhadap segala apa yang berlaku di rig floor, dari segi operation, equipment, crew dan sebagainya

Kebanyakan masa dari tour driller akan dihabiskan di atas rig floor dan jarang untuk kita lihat driller meninggalkan rig floor.

4. Assistant driller

Sebagaimana nama jawatannya, tugas seorang assistant driller adalah membantu driller dalam melicinkan operation. Ini kerana semasa drilling operation, pergerakan driller agak terbatas.

5. Pumpman

Orang yang bertangggungjawab ke atas operasi di mud pit, mud pump, drilling mud, maintenance dan lain-lain.

6. Derrickman

Kerjanya memerlukannya berada di atas derrick (monkeyboard) dan berkerja di tempat tinggi (working at height) sekitar 30m dari rig floor. Tugas utama derrickman adalah mengawal pergerakan keluar masuk drill pipe di finger. Namun begitu, kebanyakan skop kerjanya sudah diambil alih oleh peralatan automatik.

7. Roughneck

Roughneck juga dikenali sebagai floorman. Tugasnya pelbagai dan berat, melibatkan semua operasi di rig floor, seperti make up, break out drill pipe, line up hose dan sebagainya

MARINE

8. Barge Master

Barge Master merupakan ketua kepada krew marine. Tugasnya adalah menyelia semua operasi marine termasuklah maintenance, bunkering, aktiviti di atas deck, offloading, operasi lifting dan banyak lagi.

9. Assistant Barge Master

Sebagai relief kepada barge master untuk shift malam.

10. Crane Operator

Sebagai crane operator, sudah semestinya ditugaskan untuk mengendalikan operasi kren dan melakukan kerja-kerja lifting di atas rig.

11. Deck Foreman/ Lead Roustabout

Ketua untuk krew roustabout dalam kerja-kerja mengangkat (lifting) dan sebarang kerja melibatkan maintenance sekitar rig secara umumnya

MAINTENANCE

12. Chief Mechanic

Ketua untuk semua perkara berkaitan mekanikal tidak kira membaik pulih atau membuat penyelenggaraan (maintenance) termasuklah enjin, topdrive, drawworks dan sebagainya

13. Mechanic

Membaik pulih atau membuat penyelenggaraan (maintenance) hal-hal berkaitan mekanikal.

14. Motorman

Melakukan routine maintenance dan minor repair di samping mengambil bacaan gauge/meter reading dan membuat sounding setiap hari

15. Chief Electrician

Ketua untuk semua perkara elektrikal di atas rig termasuklah membaik pulih atau membuat penyelenggaraan (maintenance)

16. Electrician

Melakukan trouble shooting, selain kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan elektrikal.

CATERING

17. Campboss

Tugas seorang campboss secara umumnya adalah mengawal selia hal hal di dalam living quarters/accommodation, menyelia krew katering dan steward

18. Cook

Tentulah tugasnya melibatkan penyediaan makanan dan memastikan makanan yang enak terhidang. Kebiasaanya terdapat dua cook; local dan western, dalam suatu masa.

19. Steward

Memastikan kekemasan atau housekeeping di dalam accomodation pada keadaan yang terbaik. Selain itu, tugas lain steward adalah menguruskan laundry untuk semua krew onboard.

20. Safety Officer

Ada sesetengah rig yang menggunakan istilah Safety and Training Coordinator untuk merujuk kepada Safety Officer. Antara tugasnya adalah untuk memastikan operasi rig berjalan dengan selamat dan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan meskipun secara asasnya, tugas untuk memastikan keselamatan operasi atas tanggungjawab semua krew. Safety First.

21. Medic

Medic bertindak sebagai responder sekiranya berlaku sebarang insiden atau kemalangan di atas rig yang memerlukan rawatan.

22. Materialsman

Materialsman bertanggungjawab mengawal pergerakan keluar masuk peralatan dan barangan rig. Selain itu, tugasnya juga perlu memastikan stok barangan dan alat ganti rig mencukupi.

23. Radio Operator

RO juga bertanggungjawab untuk sebarang komunikasi dengan vessel dan helicopter. Antara tugas lain adalah menyediakan manifest untuk krew yang sign on dan sign off rig, di samping mengemaskini senarai personnel onboard (POB) setiap hari.

24. Welder

Jawatan welder sudah tentu tidak lari dari tugas melakukan kerja-kerja welding, grinding dan cutting sama ada untuk tujuan maintenance, modification atau membuat fabrikasi baru.

Nota:

Perlu diketahui, operasi di drilling rig adalah 24 jam dan kebiasaanya terdapat 2 krew, yang berkerja shift selama 12 jam. Tertakluk kepada jawatan yang dipegang, ada yang bekerja 6 ke 6 dan ada yang bekerja dari 12 ke 12.

Klik link di bawah untuk membaca siri #3 kerjaya offshore

Siri #3 – Drilling rig (Operator)

Disclaimer: Nama, tugas dan kelayakan untuk setiap position di atas mungkin berbeza mengikut syarikat.

Dan jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.

Untuk berkongsi artikel dengan kami, email kan artikel ke hello@verticalwell.com