Selamat kembali ke siri kerjaya offshore di mana kami berkongsi serba sedikit tentang pelbagai bidang kerjaya offshore. Bagi yang belum membaca siri pertama dan kedua bidang kerjaya offshore ini, boleh klik link sini dibawah
Dalam siri #3 bidang kerjaya offshore ni, penulis ingin berkongsi pula position-position yang ada di atas sebuah drilling rig dari pihak operator (klien). Operator di sini merujuk kepada syarikat seperti Petronas Carigali, ExxonMobil, Shell, PTTEP, HESS, dan banyak lagi.
Klik sini untuk mengetahui senarai penuh operator minyak dan gas di Malaysia.
Kebiasaanya, jumlah krew offshore yang mewakili syarikat operator ini tidaklah ramai jika dibandingkan dengan krew kontraktor-kontraktor lain. Jom kita lihat senarai jawatan dan tanggunjawab yang dipikul mereka.
- Drilling Supervisor
Lebih dikenali dengan panggilan DSV atau Company man. Bertindak sebagai Person-in-charge dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua perkara di atas drilling rig terutamanya berkaitan dengan drilling operations. Jawatan ini disandang oleh seseorang yang senior dan berpengalaman luas dalam bidang drilling
2. Night Drilling Supervisor (Nightman)
Memikul tanggungjawab yang hampir sama dengan drilling supervisor, cuma bertugas ketika shift malam. Kebiasaannya, jawatan ini disandang oleh supervisor yang lebih junior berbanding day drilling supervisor.
- Material Coordinator
Kebiasaanya dikenali sebagai matco. Memainkan peranan utama dalam mengendalikan hal-hal berkaitan logistik sepanjang drilling operation.
- Completion Supervisor
Sepertimana nama jawatannya, tugas utama completion supervisor adalah menyelia completion operation dan khidmat ini diperlukan ketika development well bagi mempersiapkan well (telaga) untuk production sama ada minyak atau gas.
- Wellsite Geologist
Tugas wellsite geologist secara umumnya adalah untuk menilai bebatuan yang terdapat di dalam dan sekitar well (telaga) yang digali di field (lapangan) tertentu. Dia juga bertindak sebagai wakil kepada jabatan subsurface sesebuah syarikat.
- Mud Engineer
Ada sesetengah operator yang cenderung untuk menggunakan mud engineer mereka sendiri berbanding menggunakan khidmat kontraktor atau service company. Mud engineer berperanan mengawal selia semua perkara berkaitan mud (lumpur) yang digunakan ketika drilling operation.
- Safety Officer
Jawatan ini mungkin tidak perlu diperincikan secara lanjut kerana majoriti sudah faham akan peranan safety officer. Sesetengah syarikat operator mempunyai safety officer mereka sendiri di lapangan bagi membantu drilling supervisor memantau tahap Health, Safety and Environment (HSE) supaya mematuhi sta ndard yang ditetapkan syarikat.
Kesimpulan
Secara umumnya, rotation untuk jawatan-jawatan di atas adalah selama 28 hari, 4 minggu ON dan 4 minggu OFF. Juga harus diingat, kebanyakan jawatan ini ditawarkan secara kontrak atau konsultan dan kebanyakannya juga dibayar harian (daily rate) dengan kadar yang agak lumayan. Ini bermakna mereka hanya dibayar apabila diperlukan untuk berada di offshore.
Disclaimer: Nama, tugas dan kelayakan untuk setiap position di atas mungkin berbeza mengikut syarikat.
Jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.
Untuk berkongsi artikel dengan kami, email kan artikel ke hello@verticalwell.com
Scaffolder
Lautan scaffolder L1
Saya berminat memasuki bidang offshore
boleh buat kursus di training centre. contoh, TSTC di terengganu.
Scaffolding lv 1
Comments are closed.