Velesto sahkan semua POB Naga 7 selamat

0
2040

Velesto Energy Berhad harini memaklumkan kejadian yang melibatkan salah sebuah jack up rig milik kumpulan syarikat berkenaan, Naga 7, yang dilaporkan tenggelam semalam.

Dalam kenyataan yang disiarkan harini, syarikat memaklumkan kejadian tersebut terjadi disebabkan ‘rapid penetration’ ke dalam batuan di dasar laut ketika membuat kerja untuk klien syarikat berkenaan di luar pesisir Sarawak

Sebelum ini, Naga 7 dilaporkan memperoleh kontrak bersama ConocoPhilips bagi projek penggalian 3 telaga luar pesisir Sarawak.

Advertisement

Rig tersebut condong pada 3 Mei dan tenggelam sepenuhnya pada 4 mei. Operasi penggalian atau ‘drilling’ masih belum bermula dan tiada ‘well’ digali sewaktu kejadian.

Kesemua POB dilaporkan selamat berada di atas kapal penyelamat dan sebahagian besar sudah dipindahkan ke Miri, Sarawak.

Velesto akan melakukan siasatan berikutan insiden tersebut. Rig tersebut adalah di bawah perlindungan insuran dan usaha mendapatkannya semula sedang giat dijalankan.

Previous articleSapuraOMV to sell stakes in oilfields at Peninsular Malaysia to Jadestone Energy
Next articleSapura Energy peroleh kontrak bernilai RM1.2 billion