Sambungan dari siri sebelum ini. Boleh klik di link di bawah untuk baca siri 1,2 dan 3.
Dalam siri 2 dan 3, penulis ada menyenaraikan sebahagian position yang ada di atas sesebuah drilling rig (jackup). Kali ini, penulis ingin berkongsi pula komponen lain yang menjayakan sesebuah drilling projek iaitu service companies atau juga dipanggil third party contractor.
Third party contractor dalam konteks ini merujuk kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dalam sesuatu projek drilling. Selain drilling rig kontraktor seperti Velesto, Perisai, Sapura Drilling, Seadrill, Transocean dan Borr Drilling terdapat pelbagai perkhidmatan sokongan lain diperlukan bagi melengkapkan sesuatu projek kerana tidak kesemua skop kerja drilling dapat dilaksanakan oleh kontraktor.
1Directional Driller & Measurement while Drilling (DD/MWD)
Tugas & peranan:
- Memastikan telaga (well) yang digali mengikut profile well yang diinginkan
- Menganalisa data yang diterima melalui BHA yang digunakan untuk drilling
Bilangan Krew: 5 atau 6 pax (2 DD & 3/4 MWD)
Syarikat berkaitan:
2Mud logging
Tugas & peranan:
- Memantau segala aspek drilling termasuk semua drilling parameter
- Menganalisa sampel batuan (cutting) yang naik di permukaan
Bilangan Krew: 6 pax (2 sample catcher, 2 mud logger, 2 data engineer)
Syarikat berkaitan:
- Schlumberger (Geoservices)
- EXLOG
3Mud Engineer
Tugas & peranan:
- Berperanan penting bagi memastikan apa jua fluid yang digunakan mengikut piawaian yang ditetapkan
Bilangan Krew: 2 pax (1x Day, 1x Night)
Syarikat berkaitan:
- Baker Hughes
- Schlumberger
- Halliburton
- Scomi
4Cementing
Tugas & peranan:
- Mengendalikan cement unit ketika cemeting dan high pressure test
Bilangan Krew: 2 pax (1x Cementer, 1 Assistant)
Syarikat berkaitan:
- Baker Hughes
- Schlumberger
- Halliburton
5Tubular Running Services
Tugas & peranan:
- Make up casing connection untuk run casing ke kedalaman yang diinginkan. Pendek kata, sambungkan casing menjadi panjang
Bilangan Krew: Kebiasaanya 5 atau 6 pax.
Syarikat berkaitan:
- Frank Selaut
- Destini Oil (KST)
- Weatherford
6Wellhead
Tugas & peranan:
- Melakukan pemasangan wellhead dan casing/tubing hanger
Bilangan Krew: 2 pax.
Syarikat berkaitan:
- Solar Alert
- TechnipFMC
- Cameron
7Wireline
- Menjalankan aktiviti logging dan juga perkara lain yang memerlukan penggunaan wireline tools.
Bilangan krew: 6 ke 8 pax.
Syarikat berkaitan:
- Schlumberger
- Halliburton
- Baker Hughes
- Dimension Bid
Artikel kali ini hanya menyenaraikan sebahagian dari service company yang terlibat. Terdapat banyak lagi perkhidmatan sokongan yang diperlukan ketika sesuatu projek drilling dijalankan, terutamanya apabila melibatkan fasa completion. Kami akan kongsikan lagi dalam artikel seterusnya.
BACA JUGA: Senarai syarikat pengeluar minyak dan gas di Malaysia
Jangan lupa untuk like dan follow kami di Facebook dan LinkedIn untuk lebih maklumat berkaitan industri oil & gas tempatan